Pages

Friday 10 January 2014

Jadual Pasar Malam, Bangi (^_^)!

Pasar Malam!

Ye pasar malam, macam-macam ada di pasar malam. Ada kuih muih, lauk pauk, aneka mee mahupun ketiaw & macam-macam lagi juadah boleh kita dapat (^_^).


Sejarah Keluarga.

Dulu, saya dibesarkan dengan mak & ayah berniaga di pasar malam. Kegigihan mak & bapak memperoleh rezeki sejak dari saya dan kembar kecil lagi (kami anak sulung). Bapak terus berniaga sehingga adik ke-5, tapi waktu tu dah kurang dah bapak berniaga pasar malam sebab dah ada perniagaan lain. Macam-macam makanan dah bapak pernah jual, bermula dengan mak menghantar kuih-kuih kat orang. Lepas tu, seingat saya bapak pernah jual jeruk dan kacang-kacang, pecal jawa dan mee rebus, serta roti john. Tapi yang paling lama bapak berniaga di pasar malam ialah mee dan ketiaw goreng (^_^). Ingat dulu, jiwa remaja saya memberontak sebab mak dan bapak selalu suruh:
"na..tolong basuh bekas kicap tu",
"na..tolong basuh tauge",
"na..tolong kupas kerang"
"na..tolong siapkan bawang putih"
Kadang-kadang, saya berani bersuara.."na penat la, baru balik sekolah!", "eee..suh la orang lain buat!" walaupun marah, saya tetap buat cuma tak ikhlas, dalam hati memberontak!. Mak dan bapak pegi berniaga, waktu tu saya dan adik-adik kecil, adik-adik saya yang jaga, walaupun ade kembar tapi dia budak laki, tau la bukannya dia duduk kat rumah macam budak perempuan. Bila saya dah darjah 4, saya dan kembar selang seli tolong bapak kat pasar malam. Tapi kembar lebih banyak tolong bapak. Lepas kembar masuk sekolah pondok iaitu sekolah agama (asrama) adik bawah kami rajin pegi tolong bapak.

Macam-macam pengalaman suka mahupun duka dibesarkan sebagai anak penjual pasar malam..kegigihan bapak dan mak sangat-sangat menyentuh hati saya kini. Sebenarnya, bapak bukan saja membanting tulang sebagai peniaga pasar malam tapi juga sebagai juru ukur tanah. Masuk hutan, randup semak samun, bukit-bukau. Pagi sehingga tengahari kerja sebagai juru ukur tanah, petang sampai malam berniaga pasar malam. Bapak..mana bapak dapat tenaga tu, bapak tak penat ke? Rasanya, dulu tak pernah saya bertanya rintihan soalan tu. Gigih bapak bekerja. Gigih mak membantu. Itulah pengrbanan seorang bapak dan mak dalam menjalankan tangungjawabnya. Orang lain tentu dapat melihat betapa sayangnya ayah kita walaupun tidak pernah melahirkan rasa sayang tu dengan ungkapan tapi dilahirkan dengan sepenuh tanggungjawab yang dilakukannya. Tidak seperti ibu yang jelas mengungkapkan betapa sayangnya beliau pada kita. Mungkin ada yang tidak meluahkan tapi jelas ibu lebih memperlihatkan kasih sayangnya secara jelas berbanding ayah. Dulu jika dikenang, saya selalu mempersoalkan nasib sebagai anak sulung dan tidak nampak sepenuhnya pergorbanan yang dilakukan oleh bapak dan mak. Tapi kini, hikmahnya..apa yang saya lalui dan lihat telah membentuk keperibadian diri. Sikap mak dan bapak serta pengalaman lah yang membentuk diri saya. Alhamdulillah, walaupun sibuk mencari rezeki, perihal dan perhatian kepada anak-anak tidak diabaikan. ~ senyum ^_^ ~


Aiit tercerita sejarah silam lak, asalnya nak cerita jadual pasar malam kat bandar baru bangi ni. Ishhh~

Pasar Malam Bangi.

Sebelum ni, waktu mula-mula duduk di Bangi, saya hanya tahu 2 pasar malam sahaja iaitu di Hentian Kajang & Seksyen 16. Almaklum la bukan penduduk asal sini. Sebagai seorang pelajar, pastinya kita dan kawan-kawan akan sama-sama 'menawaf' pasar malam yang dikenalpasti. Mujur dua pasar malam tu je yang kami tau, tapi kalau tau yang lain pun susah jugak sebab tak ade kenderaan nak gerak ke tapak pasar malam tu. Hanya dua pasar malam tu je yang mudah untuk kami jejaki terutama Hentian Kajang walaupun! kecil je pasar malam tu.
Ini antara pasar malam yang saya tau di Bangi.

ISNIN     : HENTIAN KAJANG
SELASA : SEKSYEN 16
RABU     : SEKSYEN 4
KHAMIS: SEKSYEN 7 & PASAR TANI SEKSYEN16
JUMAAT: HENTIAN KAJANG
SABTU   : SEKSYEN 16
AHAD     : PEKAN BANGI LAMA

Dah sambung lagi belajar baru tau setiap hari ada pasar malam. Tu pun sebab ada kenderaan iaitu motor ego merah ku tu dan ade pemandu arah. Pemandu arah??? Walhal, dia baru je berhijrah ke Bangi, sebelum ni belajar kat Lembah Pantai, Hai~ terbalik kot, dia pulak yang tunjuk jalan pada orang yang dah 3 tahun duduk Bangi. Almaklum la, duduk dalam kolej kediaman je tak keluwo-keluwo..he3, yelaaaa sangat! he3..tak pandai nak memusing-musing, payah sebab kengkawan pun tak de motor dulu ^_^

Jadi pada adik-adik (pelajar-pelajar bukan penduduk asal Bangi & yang tak tahu) yang kadang-kadang mengidam makanan yang ada dijual di pasar malam, jangan bimbang..ni ade senarai tapak pasar malam setiap hari ^_^. Penat belajar sampai termengidam bolehlah memenuhi idaman tersebut tanpa perlu menunggu hari tertentu sahaja (aiii macam saya dulu). ok, selamat berpasar malam =^_^=



3 comments:

  1. wah, menarik2.nak pegi..nak pegi........

    ReplyDelete
  2. PATI AIR SOYA (NON-GMO)
    Syarikat Kami Memproses & Menjual Air Soya 100% asli dan segar menggunakan Kacang Soya Terbaik Berkualiti Tinggi – Kawasan Lembah Kelang

    Ciri-ciri air soya 100% asli
    * Non-GMO
    * Kacang Soya diimport dari Kanada ( Kualiti yang paling baik)
    * tiada bahan pengawet
    * tiada perasa tambahan
    * tiada pewarna
    * tiada penstabil makanan
    * tiada sebarang bahan kimia
    * Air Bertapis
    * Dimasak menggunakan teknik Stim sehingga suhu 100C
    * Jangka Expired date : antara 5 – 6 Hari (Disimpan tempat sejuk suhu 1C – 6C)

    Pati Air Soya kami dijual dalam botol plastik kuantiti:

    1 Botol 5 Liter = RM13.00 (tanpa air gula)
    1 Botol 10 Liter = RM25.00 (tanpa air gula)

    1 Botol 5 Liter = RM15.00 (dengan air gula)
    1 Botol 10 Liter = RM29.00 (dengan air gula)

    *Harga Istimewa bagi order melebihi 5 Botol/10 Botol

    Membekal Kepada:

    * Penjaja-penjaja (Pasar malam, uptown dan lain-lain)
    * Retoren
    * Majlis Keramaian (Kahwin, Aqiqah, Hari Jadi dan lain-lain)
    * Hotel
    * Individu

    *Ejen2 diperlukan di setiap kawasan Lembah Klang dan negeri2 berhampiran.

    Sila hubungi:

    A&S GLOBAL FOODS
    Ahmad Sharqowi – 012-624 3446 (Call/Whatapps)

    ReplyDelete