Pages

Friday 10 January 2014

Saya dan Permulaan Herbalife (^_^)

Alhamdulillah...

Pembuka bicara, (^_^)..Syukur atas segalanya..
Berbalik kepada sebab utama blog ini diwujudkan, kerana saya teruja sangat untuk berkongsi dengan orang di luar sana tentang HERBALIFE..

Walau bagaimanapun, sebenarnya tak banyak benda lagi boleh saya kongsikan kerana baru je lagi berjinak-jinak mengenal dan merasai keberkesanan produk yang hebat ni.. Sememangnya, saya tak lah mengalami masalah berat badan, gemuk mahupun terlalu kering, he3..tapi entah macam mana boleh terbuka hati untuk mencuba produk..rasanya mungkin disebabkan kesedaran untuk sihat..

Hakikatnya, sememangnya saya sukaaa sangat dengan kecantikan dan kesihatan diri walaupun tidak lah terlalu obses menjaganya, aiitt macam mana tu??mungkin pengaruh daripada emak kot.. Nanti saya akan perkenalkan siapa gerangan emak saya yang sememangnya akan membuatkan anda semua tak sangka! he3..Bukan sebab jawatan mahupun beliau seorang yang terkenal tapi usahanya dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri jelas terlihat hasilnya.
Bagi saya, apa yang emak kita suka tak semestinya akan diikuti oleh anak. Kesedaran nak cantik ek alasannya saya tadi?? boleh caye ker? he3..ada tetap ada kesedaran tu, tapi sebenarnya, kengkawan duk bercakap " maknya lawa anaknya tak bergaya pun" lagi "hai lawo maknya" tapi tak tersebut pun kata-kata pujian buat anaknya pulak! Uisshh ini tak boleh jadi..Kewangan selalu dijadikan alasan untuk jaga kecantikan & kesihatan diri..Tapi memang betul pun!
Kini, dengan HERBALIFE, saya berpeluang untuk jaga kesihatan dan kecantikan selain menambah pendapatan. Walaupun kini, memulakan dengan rezeki hanya dapat makan herbalife percuma sahaja tapi berbaloi-baloi sebab khasiatnya terus menerus dirasai (post seterusnya nanti saya kongsikan apa keberkesanan dalam diri saya) Ha!! macam mana dapat makan free?? Dapat makan herbalife percuma atas pembelian daripada pelanggan, siapa pelanggannya?? Siapa lagi, mak, adik dan akak ipar la..he3, produk yang baik perlu lah kita kongsikan pada insan tersayang, ye idok?? ^_^. Herbalife memang membantu dalam usaha menjaga kesihatan diri dan bonusnya sebagai peluang pendapatan..Uiishh tak percaya?? nanti awok (saya: dialek Perak) kabo!

Keduanya, buat blog ini sebab teringin untuk berkongsi apa yang baik kepada semua orang. Meluahkan perkara yang baik  bagi tujuan  pengajaran rasanya tidak salah..lagi satu, teringin untuk abadikan satu bentuk medium nukilan sejarah kita yang dapat dikongsikan pada anak-anak. Tapi mesti yang baik-baik la, idok malu kite nanti...Rasanya, hat ni je kot sebagai nukilan pertama dari saya..nak menulis pun rasa tak pandai nak pilih perkataan aka leksikal.. k itu saje (^_^).

No comments:

Post a Comment