Pages

Monday 13 January 2014

Persaingan Adik Beradik (^_^)!

Huishh tajuk..bikin gaduh ni, he3..

Tidak sama sekali, bukan itu tujuan utama post ni..
Abis? tujuan sampingan?? Ehhhh ehh ehh bukan-bukan!
Tujuan, hanya untuk melahirkan kasih sayang ^_^ (wink-wink, senyum bahagia... #keluarga bahgia, keluarga bahgia...insan lain berbahagia bersama keluarga namun...lalala#) ehh teringat plak kat lagu Saujana: Keluarga Bahagia.

Namun aku kekal bahagia bersama keluarga selamanyaaaa..oh ayah oh ibu oohhh adik, adik ku..lalala#
Emm..memain buat lirik sendiri..betul la, menyanyi mengikut apa yang dirasai..

Persaingan, Perasaan untuk kekal mendapat perhatian mahupun penghargaan daripada Ibu & Bapa??

Adakah perkara ini merupakan suatu perkara biasa yang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak lebih daripada seorang malah mungkin lebih hebat lagi dirasai oleh adik-beradik yang ramai??

Persoalan ditambah dengan persoalan, ala~ pening arr (ayat syuib SepahTu, hahaha)

Tidak, tidak dan tidak!! Perasaan mahupun masalah?? bukan masalah..perkara ini merupakan KERENCAMAN YANG MEWARNAI LAGI KEHARMONIAN KELUARGA...

Bagi saya, perkara buruk mahupun baik yang berlaku dalam sesebuah keluarga mencorakkan lagi keharmoniaan kekeluargaan. Mungkin kadang-kadang wujud perbalahan antara satu sama lain..tapi, rasionalnya kita iaitu kedua-dua pihak atau ketidak-tidaknya satu pihak PERLU beralah. Beralah BUKAN menandakan kita KALAH tapi menang kerana kita berjaya mengawal amarah dan berjuang untuk sebuah ikatan kekeluargaan (^_^) senyum!! Tiada hubungan yang kekal bahagia & ceria sentiasa, kita sebagai hambaNya pasti diuji..bahagia mahupun derita merupakan ujian daripada Nya. Setiap orang pasti melaluinya, sama ada dia bijak menanganinya atau sebaliknya. Jangan rasa terseksa, kerana setiap ujianNya itu diberikan berdasarkan kemampuan diri hamba
Ada di antara kita diberikan ujian yang memperlihatkan betapa istimewanya beliau, diberi peluang untuk memperbetulkan apa yang tidak betul..apa yang perlu diperbetulkan dalam hubungan kekeluargaannya..bukan pada kakaknya, bukan pada abangnya malah bukan pada adiknya..beliau diberi peluang untuk menanganinya...JADI!! ambil peluang tu dan perbetulkan mana yang tidak betul..mungkin adik beradik kita yang lahir tidak mampu menanganinya..dia lemah tapi kita KUAT!! Jika kita rasa diri kita silap, Jika kita rasa dia silap..maka betulkannya..ambil langkah yang sebaiknya, buang keegoaan..! Melangkah dengan semangat!


Pergolakan diri, keremajaan dan tekanan yang dihadapi!!!

Benda tu yang dirasai ye?? Jangan...wahai insan yang disayangi, siapa kata kami tak sayang??
dimana kurangnya?
 siapa pula yang lebih?
apa sebenarnya yang kamu rasai?
hanya bebanan perasaan disebabkan kurang diberi perhatiaan atau masalah lain yang mengganggu?

Boleh dikau menjawab semua ini??!

Aku cemburu, jelezzz..betul-betul jelezzz, eeiiii aku geram! Lepaskan!!! lepaskan perasaan negatif tu..keluarkan!!! keluarkannya..luahkan!!

Wahai insan yang tersayang,
Jiwa mu memberontak,
usianya mu merupakan detik..detik untuk mu diuji..ujian mengawal diri
Jadi ambil pusing, jangan dipengaruhi emosi.

Setiap anak dalam sesebuah keluarga mempunyai kekuatan atau kelebihan masing-masing, Jangan dibeza-bezakan..ibu bapa mahupun antara adik beradik..
Banyak persaingan dalam dunia ini sebelum kita melangkah ke zaman yang abadi..Jadi persaingan dalam kekeluargaan jangan diberatkan..KERANA!!!  persaingan luar lebih lagi, MAHA DASYAT!

setiap seorang daripada kita adalah HEBAT!! Kenapa? sebab kita dilahirkan & dibentuk oleh dua individu yang HEBAT..jadi jangan simpan kehebatan tu.
Jangan memandang pendidikan, kesenangan & kecantikan sebagai ukuran untuk membezakan kehebatan antara satu sama lain..kehebatan diri suatu perkata yang subjektif!..
Adakala seseorang itu tak mampu memberikan keceriaan..suasana gelak ketawa ibu bapa mahupun saudara..tapi kamu MAMPU!! Adakala seseorang itu tak mampu untuk bermesra dengan adik beradik dan kelihatan riang adik-adik mu tapi kamu MAMPU!! Adakala seseorang itu tak mampu menarik perhatian..memenuhi keinginan ibu bapa atau adik-adiknya tapi kamu MAMPU, kamu BIJAK. kamu TAHU!!! kamu DISENANGI..

Jadi apa bezanya, kebijaksanaan yang terhad pada ilmu dunia, Jadi apa bezanya, kemampuan yang kamu boleh lakukan dengan ketidakmampuannya, apa bezanya kamu turut disenangi yang mungkin sama atau lebih hebat lagi dengan individu yang kamu rasa 'lebih' daripada kamu!!! APA BEZANYA!!!..
Masing-masing ada kekuatan, ada kelebihan..

Emak dan Bapak tak akan membezakan setiap anak-anaknya, kerana darah yang mengalir, susu yang diberi, resah gelisah yang sama, perhatian, impian & keinginan...semuanya SAMA!! sama diberikan dan dirasai bagi setiap anaknya..
Kita sebagai anak perlu sama-sama mengorak langkah memberi kesenangan hati pada ibu bapa, jika kejayaan di puncak tidak dapat diberikan, mungkin bukan itu kekuatan kita maka capai kejayaan hati iaitu kedamaian yang dirasai oleh ibu bapa kita dalam setiap langkah kita, diredai oleh mereka dan utamanya diberkatiNya.. In Sya Allah.

Jadi, pengakhiran..tenangkan hati, muasabah diri..jangan ikut emosi, capai kesejahteraan diri dan kebahagian bersama insan-insan tersayang..Ingat, banyak lagi perkara yang perlu kita tempuh..Jadi, insan tersayang terutama keluarga merupakan pendorong dan peneman dikala kita berjuang di dunia in..Jadi jangan membentuk musuh dalam hati mahupun hakiki ukwah sebuah hubungan kekeluargaan..kerana tiada cinta yang lebih dalam, tiada cinta yang berbauk nafsu, tiada cinta yang bertaut mula dari keluar kita ke dunia hingga pengabisan hidup melainkan CINTA DAN KASIH SAYANG daripada KELUARGA selain Allah S.W.T yang hakiki utamanya. (^_^)







1 comment: